Friday, February 6, 2009

Kek Pisang

Resepi: KEK PISANG
Sumber: Batrisya Delight's Cake


Yang neh pun teringin nak buat tapi tatau bila da.... hahaha... xpe..simpan jek dulu resepi neh tuk kemudahan di masa depan. Mana tau kot2 terrajinkan... yela tuh saya neh.

Ha.. Kak Siti cakap resepi yang dia buat neh lagi sedap dari biasa and Kak Siti amik dari buku resepi Chef Anuar.






Bahan-bahan:

200 gm gula kastor
4 biji telur(gred b)
45 ml susu segar
250 gm tepung gandum
1/2 camca teh garam
3 gm soda bikarbonat
15 gm ovelette
2.5 gm serbuk penaik
170 gm pisang masak
1/4 camca teh esen pisang
1/2 camca teh esen vanilla
170 ml minyak jagung


Cara-caranya:

Campur gula, telur, susu, tepung, garam, soda, ovelette dan serbuk penaik dalam mangkuk pembancuh.

Putar adunan dengan kelajuan tinggi sehingga kembang.Masukan pisang yang telah dilecek bersama-sama esen pisang dan vanilla.Kacau perlahan-lahan mengunakan camca.

Masukkan pula minyak jagung, kacau rata.Isikan adunan dalam loyang dan bakar pada suhu 170'c lebih kurang 40 minit atau sehingga masak.



Selamat mencuba...!!!!

Thursday, February 5, 2009

BLUEBERRY CHEESETART

Resepi: Blueberry Cheesetart
Sumber: Batrisya Delight's Cake



Bila dok belek-belek blog Kak Siti, seronoknyer tengok Kak Siti buat bisnes blueberry cheesetart. Nampak meliurkan jek tat tuh..

Oleh kerana teringin nak buat bebilakan so I siap2 simpan dalam my collection neh. Nanti senang tak payah susah2 nak cari balik... just click kay blog I jek. Hehehe... thanks to Kak Siti panjang2kan resepi tuk semua.

Picture2 kat bawah neh sumernya hasil kerja Kak Siti. Nanti bila I dah buat I replace dgn mine. Hehehe.....










Bahan-bahan:
Base:
  • 200gm butter
  • 100gm gula aising
  • 30gm telur} 1/2 biji telur A
  • 300 gm tepung gandum}klu lembik tambah sket lg..pandai2 la
  • garam

Cara-cara:

  • Putar butter, gula dan telur sehingga sebati, then masukkan tepung, sedikit-sedikit, sehingga mendapat doh yang lembut.Simpan sekejap dalam petisejuk.
  • Tekan dalam acuan tart, cucukkan sedikit dasarnya sebelum dibakar selama 15-20 minit pada suhu 180' atau kekuningan sedikit....keluarkan dari acuan.

Bahan Cheese:

  • 250gm cream cheese
  • 50gm butter
  • 60gm gula halus
  • 1 biji telur

Cara-caranya:

  • Putar cream cheese, butter dan gula sehingga lembut, masukkan telur , pukul hingga sebati.
  • Masukkan inti blueberry/strawberry dalam base tadi
  • Sudukan cheese 80% penuh.. corakkan mengikut citarasa sendiri
  • Bakar semula selama 10 minit

Chicken Chop with Mushroom Sauce

Resepi: Chicken Chop with sauce
Sumber: Hanieliza's Cooking



Hujung minggu, member datang rumah then hidangkan dengan western food. Macam biasa mushroom soup menjadi pilihan.







SOS CENDAWAN

Bahan-bahan:
  • 1 bawang besar [didadu]
  • 2 bawang putih [dicincang]
  • 1 sudu besar serbuk lada sulah
  • 1 sudu besar lada hitam
  • 1 tin mushroom sup
  • 1/2 cawan mushroom [cincang halus]
  • 1/2 cawan air rebusan tulang ayam/daging
  • 1 sudu besar tepung jagung bancuh ngan air
  • sikitgaram dan sedikit gula
  • minyak untuk tumis

Cara-caranya:

1. Tumis bawang & bawang putih sampai layu.

2. Bila sudah agak wangi, masukkan air rebusan tulang ayam.

3. Bila dah pekat masukkan mushroom soup, mushroom cincang, lada hitam, lada putih dn tepung jagung.

4. Kacau sebati dan masak mengikut kepekatan sos yg dikehendakiperisakan garam n gula secukup rasa.

* Saya guna ayam froozen tu jek then salad tuh buat macam biasa jekla. karet+kobis merah+sos thousand island n mayonis. Gaul rata simpan dlm fridge jup kasi sejuk baru sedap n fresh. Then red bean tuh guna dlm tinnyer n brokoli dan bunga kobis rebus dgn garam sket.

Sos tu blela serve tuk 5-6 set chicken chop tau... mmg sedap!







Kek Coklat Kukus



Resepi: KEK COKLAT KUKUS
Sumber: Blog Chetam


KEK COKLAT KUKUS

Time neh saya tgh giler makan kek coklat gara-gara ada sorang mak cik tuh datang menjual kat opis saya. Bila dia kasi saya rasa kek coklat dia terus saya jatuh chenta!!!! Takkan nk pi mintak resepi kat mak cik tuhkan..? Then saya surf internet and jumpala satu resepi neh dalam MyR tapi bila balik tak jumpa plak resepi tuh. Bukak and cari punyer cari jumpala resepi kat bawah neh dari blog chetam... really moist bila saya buat. Hubby plg suka!

Memandangkan saya neh takde quality control..then 2nd time buat tak berapa moist coz terover kukus lak... papepun kita share kat sini.


Bahan-Bahan:

  • 1 cawan serbuk koko
  • 1 cawan gula pasir
  • 1 cawan susu cair1 cawan minyak masak (jika ganti dgn butter cair lagi sedap)
  • ½ cawan susu manis
  • 1 ¼ cawan tepung gandum
  • 1 tsp baking powder
  • 1 tsp soda bicarbonate
  • 3 biji telur

Cara-caranya:

1) Campur koko,gula,susu cair,susu manis dan minyak ke dlm periuk dan masak sebentar atas api kecil sehingga semua larut. Tutup api biarkan adunan suam.

2) Tepung, soda biakrbonat dan baking powder di ayak.

3) Telur dipukul kembang dan dicampur dgn campuran koko tadi. Gaul rata dan campur tepung.

4) Gaul sebati dan tuang dalam acuan dan jangan sampai penuh sebab nanti adunan naik. Tutup acuan dng aluminium foil agar tidak masuk wap. Kukus selama 1 - 2 jam baru angkat dan sejuk kan .

TOPPING COKLAT

Bahan-bahan:

  • 250 g coklat masakan } potong kecil21 sudu besar majerin
  • 130 ml double cream atau whipping creamsket gula halus secukup rasa (supaya topping tu tak pahit sgt) - optional

Cara membuat:

Cairkan coklat secara double-boiler. Alihkan dr api kemudian masukkan majerin, gula & cream Kacau sehingga sebati. Curahkan atas kek kemudian ratakan Bila dah agak sejuk/beku baru boleh lorekkan dgn garpu secara melintang dan menegak selang seli.


Hasil kerja tangan saya.. tapi topping neh saya guna balance yg ada punyer...hehehe...


Dina with my cake dgn muka poyonyer... (baru bangun tidur sebenarnya my anak dara neh)

Kek Batik

Resepi: KEK BATIK
Sumber: Batrisya Delight's Cake


Resepi neh memang selalu buatla... time dolu2 before kawen. Adik lelaki saya paling rajin buat kek neh... nanti bila dia bawa pi opis habis dikasinyer semua orang makan nanti balik umah dia tersenyum2 sebab semua org puji. Cuma saya tak tau resepi saper yg dia amik. N one more thing... adik saya tuk golongan OKU (bisu) tau.. really proud of him!!!!!!!!!

Resepi untuk dikongsi bersama.... tapi picture and resepi tuh saya amik dari Batrisya...hehehe.. sdiri punyer tak buat lagi. Just for my personal collection hokeh.


Bahan-bahan (ramai yg blh mkn ni) :
  • 1 bgkus besar biskut marie perasa original (ada 3 roll dlm 1 bgkus) - dipthkn
  • 2 atau 31/2 tin besar susu pekat180 gm butter
  • 100 gm coklat bar masakan
  • 2 1/2 cawan milo
  • 1/3 cawan air panas

Cara-cara:

  • kesemua bahan 2 - 6 dimasukkn kedlm kuali - masak dgn api yg perlahan sehingga semuanya sebati dan sedikit pekat.. (lebih kurang 10-15min)
  • Masukkn biskut kedlm kuali gaulkan sehingga sekata.
  • Alihkn adunan kedlm loyang / bekas / tppware yg tlh disapukn butter dan tekan sehingga betul2 padat.. ( gunakan plastik utk menekan adunan spya x lekat ditgn).
  • Simpan didlm peti sejuk 1 - 2 jam.Keluarkan dr loyang & potong








Puding Triffles

Resepi: PUDING TRIFFLES
Sumber: Batrisya Delight's Cake



PUDDING TRIFFLES

My sister suker giler buat puding neh tapi I tak pernah pun merajinkan diri membuatnyer coz hubby tak baper gemar makan desert2 neh... hehehe...

Just for my collection...


Bahan-bahannya:

swiss roll (tak kiralah rasa pandan ke apa ke)
1 tin fruit coktail
cristal Jelly (belilah perasa apa pun...)
tin susu cair + 1 tin air + 7 sudu gula pasir
4 sudu besar tepung kastad


Caranya:

-Layer 1:Potong swiss roll anggaran 1.5cm tebal..susunkan dalam acuan.
-Tuangkan air fruit coktail...keatas swiss roll..sehingga lembab (basah).- Ketepikan dulu..bolehlah masak kastad dengan susu cair.-Layer 2:1 tin susu cair + 1 tin air + 7 sudu gula..dimasak atas api. (sambil masak tu..bancuh 4 sudu tepung kastad dengan 1/2 gelas air).-Bila susu dan mendidih..kecilkan sedikit api..masukkan bancuhan tepung kastad..kacau..hingga bancuhan susu tadi menjadi likat.-Tuang ke atas layer 1 tadi.
-Layer 3:Buahan koktail tadi ditabur ke atas layer 2 (kastad).
- Ketepikan sekejap, sementara tu bolehlah sediakan layer jelly.
-Layer 4:Masak air panas...sukat air panas mengikut arahan kotak jelly..bancuhkan jelly tersebut dengan air panas yang disukat, tunggu sejuk sedikit (masih dalam keadaan cair)..baru tuang ke atas lapisan ke 3 (buah-buahan).
-kalau nak cantik lagi..taburkanlah buah strawberry atau peach keatasnya.




Inilah hasilnya dari Batrisya Delight's Cake


For sample jek... amik pic org neh... hehehe...



Any perisa pun ble... yg ni salah satu pilihannya...

Karipap Pusar

Resepi: KARIPAP PUSAR
Sumber: Batrisya Delight's Cake





Cara buat karipap pusar step by step....



1/3 tepung uli dengan butter, sampai boleh kepal..


2/3 tepung uli dengan garam dan air, uli sampai boleh bulat2kan...yang kuning masukkan dalam tepung putih...bulatkan macam bola(kuning kecil sedikit dari putih)


Canai membulat seperti ini..jgn nipis sangat taww..


Potong tengah2 dia, pastu gulung seperti di atas


Pas gulung2 tuh akan jadi ginila....

Gulung balik pas lipat tadi
Akan jadi camni nanti tau...
Potong ikut ketebalan yang dikehendaki

canai nipis dan masukkan inti

Kelimla ikut kreativiti memasing

Gorenglah dalam minyak penuh..pas tu makanlah karipap panas-panas...
Harapnyer tuan punya resepi nih menghalalkan
aku meng'copy' hasil tangan mereka....