Wednesday, May 6, 2009

Resepi: Ayam Percik Kelantan

Sumber: Madiha


Bahan-bahan:

  • ½ ekor ayam ~ potong 2 bahagian (taknak potong pun boleh.. ikut suka)
  • Sedikit kunyit serbuk
  • Sedikit garam


Bahan kuah:

  • 1 biji kelapa ambil 4 ~ 5 cawan santan (Madiha guna santan kotak cap ayam 200 ml + 2 cawan air)
  • 5 ulas bawang merah
  • 4 ulas bawang putih
  • 3 batang serai
  • 1 ½ inci halia
  • 1 keping asam gelugur
  • garam secukup rasa
  • 2 sudu kecil gula

CARA-CARANYA:

1. Ayam dibersihkan, dikelar dan lumur dengan garam dan kunyit.

2. Bakar ayam dlm oven dengan suhu 200C (api atas bawah) sehingga ayam masak. Dalam 15 minit balikkan ayam supaya garing rata. Sementara ayam masak.. sediakan kuah percik

3. Bila ayam sudah masak, lumur/ curahkan dengan kuah percik. Dibakar lagi sebentar dan dibalik-balikkan & curah pula kuah dibahagian satu lagi dan bakar lagi agar kuah meresap ke dalam isi ayam tadi.

4. Sedia utk dihidangkan. Hidangkan / curahkan sekali lagi ayam dengan kuah percik lebihan tadi.


Cara kuah percik:

1. Kisar halus bawang merah, bawang putih, serai & halia.

2. Panaskan santan dan masukkan bahan blender, garam dan asam keping.

3. Kacau sentiasa sehingga naik minyak dan pekat. Masukkan sedikit gula dan masak sekejap lagi. Rasakan biar secukup rasa.




Rendang Ayam aka Masak Gulai Pekat

Resepi: Rendang Ayam
Sumber: sophieswork.blogspot.com







Rendang Ayam

(nama lauk sebenar - Gulai Ayam Pekat- masakan Maklang dari FRD)


Bahan Utama:

1 ekor ayam, dipotong 12
4 biji kentang dibelah empat
2 helai daun kunyit, dihiris halus
1 biji lemon, diambil jusnya (I use separuh aje)
1 camca besar gula Melaka
2 camca besar cili kisar
2 camca besar kerisik
1/2 cawan pati santan
1/2 cawan bawang goreng, diramas hancur
Garam secukup rasa


Bahan Kisar:

6 biji bawang merah kecil
3 ulas bawang putih
1 cm lengkuas
2 cm halia
2 cm kunyit hidup
2 batang serai
3 biji buah keras
1 camca teh lada hitam
1 camca besar ketumbar
1/2 camca teh jintan halus
1/2 camca teh jintan kasar


Bahan Tumis:

Rempah 4 sekawan (kayu manis, bunga lawang,pelaga,cengkih
4 ulas bawang merah, dihiris
2 ulas bawang putih, dihiris


Cara membuatnya:

-Cuci ayam, toskan dan gaul dengan sedikit garam dan kunyit serbuk.
-Goreng embal2 (3/4 masak) ayam tadi, angkat dan toskan minyak dalam periuk.
-Tumis bahan2 tumis hingga harum, masukkan bahan kisar dan cili kisar, tumis hingga wangi dan terbit minyak.
-Masukkan kentang, gaul rata dan masak 5 minit dgn api perlahan.
-Masukkan ayam dan gaul rata, tuang sedikit air dan biar mendidih perlahan.
-Bila kentang lembut, masukkan santan, kerisik dan bawang goreng.
-Tambah gula melaka dan garam secukup rasa.
-Masak hingga pekat, akhir sekali tuang jus lemon dan masukkan hirisan daun kunyit. -Masak sekejap dan rasa, jika ok, boleh matikan api dan hidangkan.

Wednesday, April 8, 2009

Daging Dendeng

Resepi: Daging Dendeng Camar Yang Pulang
Sumber: Campur dari tenet and ubah sdiri sket






Bahan-bahan:

500 gram daging fresh (beli yang bahagian lembut lagi sedap)
3 sudu besar cili mesin
2 sudu besar bawang kecik (sudah diblend)
1 sudu kecil bawang putih (dalam 3-5 biji)
1 biji bawang besar dihiris nipis
Sedikit halia (ditumbuk)
1 sudu kecil jintan putih (ditumbuk)
1 sudu kecil jintan kasar (ditumbuk)
Kulit kayu manis
Bunga lawang
Bunga cengkih
Buah pelaga
1 cawan kicap manis
1/2 cawan air asam jawa
air rebusan daging
minyak untuk menumis
Garam dan gula sebagai perasa


Cara-cara:

1. Rebus daging bersama kicap dan air (letak air sampai daging tenggelam) sehingga empuk. Sudah empuk toskan daging, biar sejuk kemudian hiris nipis-nipis

2. Panaskan minyak kemudian tumis bawang kecil, bawang putih dan halia sampai naik bau. Kemudian masukkan cili mesin dan masakkan lagi sampai garing. Selepas itu masukkan kulit kayu manis, bunga cengkih n lawang, buah pelaga dan jintan.

3. Apabila sudah masak atau sedikit garing masukkan bawang besar yang telah dihiris tadi dan masak sampai bawang layu. Sudah layu barulah masukkan kicap manis, air asam jawa dan lebihan air rebusan daging tadi. Jangan terlalu banyak sebab nanti terlalu berkuah.

4. Biar bahan tadi mendidih baru dimasukkan daging tadi dan masak sehingga pekat. Rasakan dengan garam dan gula (jika mahu). Biar daging sebati dengan kuah dan masak sehingga sedikit kering.


Nota: Sewaktu masak daging ini saya x punya sukatan yg tepat untuk anggaran banyak mana bagi kicap dan air asam jawa makanya minta maaf jika anda tidak dapat adjust rasanya menjadi power.

Sunday, March 29, 2009

Home Made Nugget

Resepi: NUGGET AYAM
Sumber : Kak Noormasri





Bahan-bahan


500 g isi ayam } dikisar/cincang
1/4 cawan fresh breadcrumbs
sedikit serbuk lada sulah
garam secukup rasa
serbuk cornflake secukupnya atau serbuk roti utk 'coating'
(1-2 biji telur }dipukul sedikit


Cara membuat

1. Campurkan ayam bersama fresh breadcrumbs, serbuk lada sulah dan garam.
2. Gaul sebati.
3. Ambil sedikit adunan bentukkan menjadi leper, ulang sehingga habis.
4. Kemudian celup ke dlm telur dan lepas itu digolek kedlm serbuk cornflake/roti. Di sini Jeni menggunakan breadcrumb warna putih.
5. Ulang semula dgn mencelup ke dlm telur dan diakhiri dgn serbuk cornflake/roti supaya mendpt lapisan luar yg agak tebal. Yang ini Jeni gunakan breadcrumb warna kuning/oren.
6. Goreng dgn api perlahan sehingga kekuningan.
7. Sedia dimakan bersama sos.


Note: Macam best jek tengok resepi ni kat blog diana so copy la buat koleksi, nak try tuk menu anak dara.

Sunday, February 22, 2009

Yong Tau Foo

Resepi: Yong Tau Foo
Sumber: Hana's Blog





Bahan-bahan:
  • 10 tangkai cili kering
  • gula melaka atau kurozato
  • bijan goreng
  • gula(kalau kurang manis)
  • 1 s.k garam
  • 3 cm belacan
  • 300 ml air
  • 1 sudu besar minyak
  • 1 1/2 s.b tepung jagung dibancuh dgn 50 ml air- hana gune tpg gandum
  • sedikit ajiomoto- jika suka.

Cara-cara:

Masukkan minyak dalam kuali. Goreng cili kering sehingga garing dengan api yang kecil. Setelah garing, angkat dan blend cili kering dgn sedikit air. Panaskan air bersama gula melaka. Masukkan cili yang telah dikisar tadi dan juga belacan. Setelah mendidih, masukkan bancuhan tepung jagung untuk memekatkan kuah. Masukkan garam, ajinomoto dan gula(jika gula melaka kurang manis). Masukkan bijan goreng dan siap untuk dihidang bersama chikuwa, kanikama dan lain-lain.

*Terjumpa akt blog Hana, lama giler dah ngidam nk buat sendiri tp tak tahu resepi kuahnyer.

Tuesday, February 10, 2009

KEK COKLAT

Resepi: Kek Coklat
Sumber: Dari blog kawan saya.. click sini



Ingredients:

1) 2 biji telur
2) 1 cwn minyak masak
3) 1 cwn gula pasir
4) 1 cwn gula perang
5) badam cincang

Bahan A:
1) 1 sk essen vanilla
2) 1 1/2 cwn susu coklat (yg dlm kotak tu) -> ni yg buatkan kek jadi moist..mostly pple using susu pekat manis but i replaced it.
3) 1/2 cwn air panas -> penting nih..sbb air panas akn jadikan kek tu lembut gebu

Bahan B:
1) 2 sk sodium bicarbonat
2) 1 sk baking powder
3) 1/2 cwn serbuk koko
4) 2 cwn tepung gandum / superfine

Choc.ganache (topping)
1) 1/2 cwn serbuk koko
2) 1 cwn susu pekat
3) 1 sb minyak masak

Steps:
panaskan kukusan..
1) Pukul telur hingga kembang - guna mixer
2) masukkan gula (both type) - pukul lagi
3) masukkan pula minyak masak
4) then masukkan bahan A & B berselang seli..sambil putar mixer tuh..
5) masukkan badam yg telah disangai terlebih dahulu..
6) griskan loyang ngn butter - masukkan adunan ke dlm loyang tu..
7) kukus selama 1 jam

tips:
bila nak kukus baru tuang adunan ke dlm loyang..jgn biarkan adunan lama dlm loyang sblm di kukus..n sblm nak tuang dlm loyang tu..kacau adunan tu utk sebatikan ia..coz bila lama terbiar adunan tu akn mendak and xsebati..

utk topping plak..satukan sume bahan dlm periuk kecik..kuantiti iktla besar mane kek tu..kacau sebati...pastu curah je atas kek tu..and finally hiasla dgn taburan lebihan badam yg dh disangai tadi..

Monday, February 9, 2009

Garlic bread & Mushroom soup

Resepi: Garlic Bread & Mushroom Soup
Sumber: Campur-campur memana sumber


Gambo neh di snap pas makan separuh roti tu... ikutkan memang malas nak snap tapi bila my hubby tanya "tak nak amik gambo ker?", I geleng jek... malas n penat. Kejup jek I decide geleng2 tuh then I suh anak dara I amik my HP then I pun snap ler ala kadar jek.



Bahan-bahan:
  • Roti Perancis - agak2 la korang nak buat berapa byk. Roti biasa pn ble tp nipis jadinyer (alternative pada yg tak jmp roti jenis2 perancis neh)
  • Butter / Marjerin / Mentega
  • Bawang putih - agak2 la nak buat berapa banyak
  • Oregano sket

Cara-caranya:

  • Potong nipis roti perancis tuh - agak2la berapa byk korang nak kan..
  • Sapukan mentega
  • Bawang putih tuh bakar atau goreng tanpa minyak. Pastu korang tumbuk lumat. (Sesape yang rajin, korang cincang halus bawang tuh then korang goreng tanpa minyak)
  • Sapukan bawang tadi pada roti yg dah diletakkan marjerin
  • Tabur oregano sket (fungsinyer tuk naikkan bau)
  • Bakar kat kuali sampai garing (kalau malas letak jek dalam oven..hehehe..)

Mushroom Soup

Bahan-bahan:

  • 1/2 tin mushroom butang (I guna yang dalam tin tuh)
  • 1 biji bawang besar - diamyang halus
  • 1/2 biji kentang (alternatif.. I tak guna pun) - dimayang halus
  • 2 sudu marjerin yang telah dicairkan
  • 1/2 cawan susu segar
  • 1 cawan air stok ayam

Cara-caranya:

  • Panaskan kuali dan masukkan marjerin kemudian masukkan kentang dan bawang yang telah dimayang tadi
  • Setelah kekuningan, masukkan cendawan dan masak sampai layu kesemuanya
  • Masukkan stok air ayam dan kacau rata. Biar sampai mendidih baru dimasukkan susu segar.
  • Kacau rata kesemuanya dan padamkan api
  • Sejukkan bahan-bahan tadi kemudian baru blender semuanya
  • Setelah di blend, masakkan semula sampai mendidih. Jika rajin, cincang dadu halus cendawan butang yang ada lebih then masukkan ke dalam sup tersebut.
  • Renehkan seketika dan siap dihidang bersama garlic bread tadi!

Sup nih rasanya sangat creamy and yummy! Ada org bila nak hidang derang letak cream... ala2 style kat hotel gitu.

Note: Cooowiii... no picture la! I malas giler nak snap!