Thursday, February 5, 2009

BLUEBERRY CHEESETART

Resepi: Blueberry Cheesetart
Sumber: Batrisya Delight's Cake



Bila dok belek-belek blog Kak Siti, seronoknyer tengok Kak Siti buat bisnes blueberry cheesetart. Nampak meliurkan jek tat tuh..

Oleh kerana teringin nak buat bebilakan so I siap2 simpan dalam my collection neh. Nanti senang tak payah susah2 nak cari balik... just click kay blog I jek. Hehehe... thanks to Kak Siti panjang2kan resepi tuk semua.

Picture2 kat bawah neh sumernya hasil kerja Kak Siti. Nanti bila I dah buat I replace dgn mine. Hehehe.....










Bahan-bahan:
Base:
  • 200gm butter
  • 100gm gula aising
  • 30gm telur} 1/2 biji telur A
  • 300 gm tepung gandum}klu lembik tambah sket lg..pandai2 la
  • garam

Cara-cara:

  • Putar butter, gula dan telur sehingga sebati, then masukkan tepung, sedikit-sedikit, sehingga mendapat doh yang lembut.Simpan sekejap dalam petisejuk.
  • Tekan dalam acuan tart, cucukkan sedikit dasarnya sebelum dibakar selama 15-20 minit pada suhu 180' atau kekuningan sedikit....keluarkan dari acuan.

Bahan Cheese:

  • 250gm cream cheese
  • 50gm butter
  • 60gm gula halus
  • 1 biji telur

Cara-caranya:

  • Putar cream cheese, butter dan gula sehingga lembut, masukkan telur , pukul hingga sebati.
  • Masukkan inti blueberry/strawberry dalam base tadi
  • Sudukan cheese 80% penuh.. corakkan mengikut citarasa sendiri
  • Bakar semula selama 10 minit

No comments: