Showing posts with label Dessert. Show all posts
Showing posts with label Dessert. Show all posts

Thursday, February 5, 2009

BLUEBERRY CHEESETART

Resepi: Blueberry Cheesetart
Sumber: Batrisya Delight's Cake



Bila dok belek-belek blog Kak Siti, seronoknyer tengok Kak Siti buat bisnes blueberry cheesetart. Nampak meliurkan jek tat tuh..

Oleh kerana teringin nak buat bebilakan so I siap2 simpan dalam my collection neh. Nanti senang tak payah susah2 nak cari balik... just click kay blog I jek. Hehehe... thanks to Kak Siti panjang2kan resepi tuk semua.

Picture2 kat bawah neh sumernya hasil kerja Kak Siti. Nanti bila I dah buat I replace dgn mine. Hehehe.....










Bahan-bahan:
Base:
  • 200gm butter
  • 100gm gula aising
  • 30gm telur} 1/2 biji telur A
  • 300 gm tepung gandum}klu lembik tambah sket lg..pandai2 la
  • garam

Cara-cara:

  • Putar butter, gula dan telur sehingga sebati, then masukkan tepung, sedikit-sedikit, sehingga mendapat doh yang lembut.Simpan sekejap dalam petisejuk.
  • Tekan dalam acuan tart, cucukkan sedikit dasarnya sebelum dibakar selama 15-20 minit pada suhu 180' atau kekuningan sedikit....keluarkan dari acuan.

Bahan Cheese:

  • 250gm cream cheese
  • 50gm butter
  • 60gm gula halus
  • 1 biji telur

Cara-caranya:

  • Putar cream cheese, butter dan gula sehingga lembut, masukkan telur , pukul hingga sebati.
  • Masukkan inti blueberry/strawberry dalam base tadi
  • Sudukan cheese 80% penuh.. corakkan mengikut citarasa sendiri
  • Bakar semula selama 10 minit

Puding Triffles

Resepi: PUDING TRIFFLES
Sumber: Batrisya Delight's Cake



PUDDING TRIFFLES

My sister suker giler buat puding neh tapi I tak pernah pun merajinkan diri membuatnyer coz hubby tak baper gemar makan desert2 neh... hehehe...

Just for my collection...


Bahan-bahannya:

swiss roll (tak kiralah rasa pandan ke apa ke)
1 tin fruit coktail
cristal Jelly (belilah perasa apa pun...)
tin susu cair + 1 tin air + 7 sudu gula pasir
4 sudu besar tepung kastad


Caranya:

-Layer 1:Potong swiss roll anggaran 1.5cm tebal..susunkan dalam acuan.
-Tuangkan air fruit coktail...keatas swiss roll..sehingga lembab (basah).- Ketepikan dulu..bolehlah masak kastad dengan susu cair.-Layer 2:1 tin susu cair + 1 tin air + 7 sudu gula..dimasak atas api. (sambil masak tu..bancuh 4 sudu tepung kastad dengan 1/2 gelas air).-Bila susu dan mendidih..kecilkan sedikit api..masukkan bancuhan tepung kastad..kacau..hingga bancuhan susu tadi menjadi likat.-Tuang ke atas layer 1 tadi.
-Layer 3:Buahan koktail tadi ditabur ke atas layer 2 (kastad).
- Ketepikan sekejap, sementara tu bolehlah sediakan layer jelly.
-Layer 4:Masak air panas...sukat air panas mengikut arahan kotak jelly..bancuhkan jelly tersebut dengan air panas yang disukat, tunggu sejuk sedikit (masih dalam keadaan cair)..baru tuang ke atas lapisan ke 3 (buah-buahan).
-kalau nak cantik lagi..taburkanlah buah strawberry atau peach keatasnya.




Inilah hasilnya dari Batrisya Delight's Cake


For sample jek... amik pic org neh... hehehe...



Any perisa pun ble... yg ni salah satu pilihannya...