Sunday, March 29, 2009
Home Made Nugget
Sumber : Kak Noormasri
Bahan-bahan
500 g isi ayam } dikisar/cincang
1/4 cawan fresh breadcrumbs
sedikit serbuk lada sulah
garam secukup rasa
serbuk cornflake secukupnya atau serbuk roti utk 'coating'
(1-2 biji telur }dipukul sedikit
Cara membuat
1. Campurkan ayam bersama fresh breadcrumbs, serbuk lada sulah dan garam.
2. Gaul sebati.
3. Ambil sedikit adunan bentukkan menjadi leper, ulang sehingga habis.
4. Kemudian celup ke dlm telur dan lepas itu digolek kedlm serbuk cornflake/roti. Di sini Jeni menggunakan breadcrumb warna putih.
5. Ulang semula dgn mencelup ke dlm telur dan diakhiri dgn serbuk cornflake/roti supaya mendpt lapisan luar yg agak tebal. Yang ini Jeni gunakan breadcrumb warna kuning/oren.
6. Goreng dgn api perlahan sehingga kekuningan.
7. Sedia dimakan bersama sos.
Note: Macam best jek tengok resepi ni kat blog diana so copy la buat koleksi, nak try tuk menu anak dara.
Sunday, February 22, 2009
Yong Tau Foo
Sumber: Hana's Blog

Bahan-bahan:
- 10 tangkai cili kering
- gula melaka atau kurozato
- bijan goreng
- gula(kalau kurang manis)
- 1 s.k garam
- 3 cm belacan
- 300 ml air
- 1 sudu besar minyak
- 1 1/2 s.b tepung jagung dibancuh dgn 50 ml air- hana gune tpg gandum
- sedikit ajiomoto- jika suka.
Cara-cara:
Masukkan minyak dalam kuali. Goreng cili kering sehingga garing dengan api yang kecil. Setelah garing, angkat dan blend cili kering dgn sedikit air. Panaskan air bersama gula melaka. Masukkan cili yang telah dikisar tadi dan juga belacan. Setelah mendidih, masukkan bancuhan tepung jagung untuk memekatkan kuah. Masukkan garam, ajinomoto dan gula(jika gula melaka kurang manis). Masukkan bijan goreng dan siap untuk dihidang bersama chikuwa, kanikama dan lain-lain.
*Terjumpa akt blog Hana, lama giler dah ngidam nk buat sendiri tp tak tahu resepi kuahnyer.
Tuesday, February 10, 2009
KEK COKLAT
Sumber: Dari blog kawan saya.. click sini
Ingredients:
1) 2 biji telur
2) 1 cwn minyak masak
3) 1 cwn gula pasir
4) 1 cwn gula perang
5) badam cincang
1) 1 sk essen vanilla
2) 1 1/2 cwn susu coklat (yg dlm kotak tu) -> ni yg buatkan kek jadi moist..mostly pple using susu pekat manis but i replaced it.
3) 1/2 cwn air panas -> penting nih..sbb air panas akn jadikan kek tu lembut gebu
Bahan B:
1) 2 sk sodium bicarbonat
2) 1 sk baking powder
3) 1/2 cwn serbuk koko
4) 2 cwn tepung gandum / superfine
Choc.ganache (topping)
2) 1 cwn susu pekat
3) 1 sb minyak masak
Steps:
panaskan kukusan..
1) Pukul telur hingga kembang - guna mixer
2) masukkan gula (both type) - pukul lagi
3) masukkan pula minyak masak
4) then masukkan bahan A & B berselang seli..sambil putar mixer tuh..
5) masukkan badam yg telah disangai terlebih dahulu..
6) griskan loyang ngn butter - masukkan adunan ke dlm loyang tu..
7) kukus selama 1 jam
tips:
utk topping plak..satukan sume bahan dlm periuk kecik..kuantiti iktla besar mane kek tu..kacau sebati...pastu curah je atas kek tu..and finally hiasla dgn taburan lebihan badam yg dh disangai tadi..
Monday, February 9, 2009
Garlic bread & Mushroom soup
Sumber: Campur-campur memana sumber
Gambo neh di snap pas makan separuh roti tu... ikutkan memang malas nak snap tapi bila my hubby tanya "tak nak amik gambo ker?", I geleng jek... malas n penat. Kejup jek I decide geleng2 tuh then I suh anak dara I amik my HP then I pun snap ler ala kadar jek.
Bahan-bahan:
- Roti Perancis - agak2 la korang nak buat berapa byk. Roti biasa pn ble tp nipis jadinyer (alternative pada yg tak jmp roti jenis2 perancis neh)
- Butter / Marjerin / Mentega
- Bawang putih - agak2 la nak buat berapa banyak
- Oregano sket
Cara-caranya:
- Potong nipis roti perancis tuh - agak2la berapa byk korang nak kan..
- Sapukan mentega
- Bawang putih tuh bakar atau goreng tanpa minyak. Pastu korang tumbuk lumat. (Sesape yang rajin, korang cincang halus bawang tuh then korang goreng tanpa minyak)
- Sapukan bawang tadi pada roti yg dah diletakkan marjerin
- Tabur oregano sket (fungsinyer tuk naikkan bau)
- Bakar kat kuali sampai garing (kalau malas letak jek dalam oven..hehehe..)
Mushroom Soup
Bahan-bahan:
- 1/2 tin mushroom butang (I guna yang dalam tin tuh)
- 1 biji bawang besar - diamyang halus
- 1/2 biji kentang (alternatif.. I tak guna pun) - dimayang halus
- 2 sudu marjerin yang telah dicairkan
- 1/2 cawan susu segar
- 1 cawan air stok ayam
Cara-caranya:
- Panaskan kuali dan masukkan marjerin kemudian masukkan kentang dan bawang yang telah dimayang tadi
- Setelah kekuningan, masukkan cendawan dan masak sampai layu kesemuanya
- Masukkan stok air ayam dan kacau rata. Biar sampai mendidih baru dimasukkan susu segar.
- Kacau rata kesemuanya dan padamkan api
- Sejukkan bahan-bahan tadi kemudian baru blender semuanya
- Setelah di blend, masakkan semula sampai mendidih. Jika rajin, cincang dadu halus cendawan butang yang ada lebih then masukkan ke dalam sup tersebut.
- Renehkan seketika dan siap dihidang bersama garlic bread tadi!
Sup nih rasanya sangat creamy and yummy! Ada org bila nak hidang derang letak cream... ala2 style kat hotel gitu.
Note: Cooowiii... no picture la! I malas giler nak snap!
Friday, February 6, 2009
Kek Pisang
Sumber: Batrisya Delight's Cake
Yang neh pun teringin nak buat tapi tatau bila da.... hahaha... xpe..simpan jek dulu resepi neh tuk kemudahan di masa depan. Mana tau kot2 terrajinkan... yela tuh saya neh.
Ha.. Kak Siti cakap resepi yang dia buat neh lagi sedap dari biasa and Kak Siti amik dari buku resepi Chef Anuar.


Bahan-bahan:
200 gm gula kastor
4 biji telur(gred b)
45 ml susu segar
250 gm tepung gandum
1/2 camca teh garam
3 gm soda bikarbonat
15 gm ovelette
2.5 gm serbuk penaik
170 gm pisang masak
1/4 camca teh esen pisang
1/2 camca teh esen vanilla
170 ml minyak jagung
Cara-caranya:
Campur gula, telur, susu, tepung, garam, soda, ovelette dan serbuk penaik dalam mangkuk pembancuh.
Putar adunan dengan kelajuan tinggi sehingga kembang.Masukan pisang yang telah dilecek bersama-sama esen pisang dan vanilla.Kacau perlahan-lahan mengunakan camca.
Masukkan pula minyak jagung, kacau rata.Isikan adunan dalam loyang dan bakar pada suhu 170'c lebih kurang 40 minit atau sehingga masak.
Selamat mencuba...!!!!
Thursday, February 5, 2009
BLUEBERRY CHEESETART
Sumber: Batrisya Delight's Cake
Bila dok belek-belek blog Kak Siti, seronoknyer tengok Kak Siti buat bisnes blueberry cheesetart. Nampak meliurkan jek tat tuh..
Oleh kerana teringin nak buat bebilakan so I siap2 simpan dalam my collection neh. Nanti senang tak payah susah2 nak cari balik... just click kay blog I jek. Hehehe... thanks to Kak Siti panjang2kan resepi tuk semua.
Picture2 kat bawah neh sumernya hasil kerja Kak Siti. Nanti bila I dah buat I replace dgn mine. Hehehe.....



Bahan-bahan:
Base:
- 200gm butter
- 100gm gula aising
- 30gm telur} 1/2 biji telur A
- 300 gm tepung gandum}klu lembik tambah sket lg..pandai2 la
- garam
Cara-cara:
- Putar butter, gula dan telur sehingga sebati, then masukkan tepung, sedikit-sedikit, sehingga mendapat doh yang lembut.Simpan sekejap dalam petisejuk.
- Tekan dalam acuan tart, cucukkan sedikit dasarnya sebelum dibakar selama 15-20 minit pada suhu 180' atau kekuningan sedikit....keluarkan dari acuan.
Bahan Cheese:
- 250gm cream cheese
- 50gm butter
- 60gm gula halus
- 1 biji telur
Cara-caranya:
- Putar cream cheese, butter dan gula sehingga lembut, masukkan telur , pukul hingga sebati.
- Masukkan inti blueberry/strawberry dalam base tadi
- Sudukan cheese 80% penuh.. corakkan mengikut citarasa sendiri
- Bakar semula selama 10 minit
Chicken Chop with Mushroom Sauce
Sumber: Hanieliza's Cooking
Hujung minggu, member datang rumah then hidangkan dengan western food. Macam biasa mushroom soup menjadi pilihan.


SOS CENDAWAN
Bahan-bahan:
- 1 bawang besar [didadu]
- 2 bawang putih [dicincang]
- 1 sudu besar serbuk lada sulah
- 1 sudu besar lada hitam
- 1 tin mushroom sup
- 1/2 cawan mushroom [cincang halus]
- 1/2 cawan air rebusan tulang ayam/daging
- 1 sudu besar tepung jagung bancuh ngan air
- sikitgaram dan sedikit gula
- minyak untuk tumis
Cara-caranya:
1. Tumis bawang & bawang putih sampai layu.
2. Bila sudah agak wangi, masukkan air rebusan tulang ayam.
3. Bila dah pekat masukkan mushroom soup, mushroom cincang, lada hitam, lada putih dn tepung jagung.
4. Kacau sebati dan masak mengikut kepekatan sos yg dikehendakiperisakan garam n gula secukup rasa.
* Saya guna ayam froozen tu jek then salad tuh buat macam biasa jekla. karet+kobis merah+sos thousand island n mayonis. Gaul rata simpan dlm fridge jup kasi sejuk baru sedap n fresh. Then red bean tuh guna dlm tinnyer n brokoli dan bunga kobis rebus dgn garam sket.
Sos tu blela serve tuk 5-6 set chicken chop tau... mmg sedap!




