Wednesday, April 8, 2009

Daging Dendeng

Resepi: Daging Dendeng Camar Yang Pulang
Sumber: Campur dari tenet and ubah sdiri sket






Bahan-bahan:

500 gram daging fresh (beli yang bahagian lembut lagi sedap)
3 sudu besar cili mesin
2 sudu besar bawang kecik (sudah diblend)
1 sudu kecil bawang putih (dalam 3-5 biji)
1 biji bawang besar dihiris nipis
Sedikit halia (ditumbuk)
1 sudu kecil jintan putih (ditumbuk)
1 sudu kecil jintan kasar (ditumbuk)
Kulit kayu manis
Bunga lawang
Bunga cengkih
Buah pelaga
1 cawan kicap manis
1/2 cawan air asam jawa
air rebusan daging
minyak untuk menumis
Garam dan gula sebagai perasa


Cara-cara:

1. Rebus daging bersama kicap dan air (letak air sampai daging tenggelam) sehingga empuk. Sudah empuk toskan daging, biar sejuk kemudian hiris nipis-nipis

2. Panaskan minyak kemudian tumis bawang kecil, bawang putih dan halia sampai naik bau. Kemudian masukkan cili mesin dan masakkan lagi sampai garing. Selepas itu masukkan kulit kayu manis, bunga cengkih n lawang, buah pelaga dan jintan.

3. Apabila sudah masak atau sedikit garing masukkan bawang besar yang telah dihiris tadi dan masak sampai bawang layu. Sudah layu barulah masukkan kicap manis, air asam jawa dan lebihan air rebusan daging tadi. Jangan terlalu banyak sebab nanti terlalu berkuah.

4. Biar bahan tadi mendidih baru dimasukkan daging tadi dan masak sehingga pekat. Rasakan dengan garam dan gula (jika mahu). Biar daging sebati dengan kuah dan masak sehingga sedikit kering.


Nota: Sewaktu masak daging ini saya x punya sukatan yg tepat untuk anggaran banyak mana bagi kicap dan air asam jawa makanya minta maaf jika anda tidak dapat adjust rasanya menjadi power.